Total Pageviews

Friday, June 29, 2018

Tumpang lalu

Assalamu'alaikum, semua!
(Semua? Sape lagi yang masih stay nak baca blog ko? haha)

Fuhhh! Ni bukan setakat dah bersarang!
Ni kalau pengkaji zaman purba jumpa blog ni mau depa kata artifak era kegemilangan Yahoo Messenger dan zaman kejatuhan Empayar Myspace. haha!

Aku tak tau mana nak mula.
Dalam benak fikiran rasa macam-macam nak tulis. Sori kalau posting kali ni sangat berterabur.
Aku mulakan dengan tajuk posting Tumpang Lalu. Sekadar menumpang laluan masa kalian kalau-kalau ada terbaca posting kali ni. Bukanlah nak buat comeback sangat sebab takut-takut janji nak buat comeback alih-alih janji dicapati. (eh?  haha)

Sebenarnya, walaupun aku dah lama tak menulis blog tapi aku selalu buka blog aku ni.
Aku baca balik tulisan-tulisan lama aku. Subhanallah, benarlah kalam orang bijak pandai; nasihat yang kita beri bukanlah untuk orang lain semata kerana hakikatnya lidah yang berbicara itu lebih dekat dengan telinganya sendiri.

First aku nak cakap, serius aku rindu masa lalu! Bila sebut masa lalu termasuklah korang yang selalu singgah, baca, dan komen post-post aku. Ya! Aku betul-betul maksudkan korang yang sedang baca posting ni! Bila aku baca balik posting aku yang lama-lama, aku terbawa dengan imbauan situasi semasa aku meng-update post tu. Ada beberapa post yang menyesakkan dada, dan menghibakan perasaan. Sesekali mengalir air mata hangat menemani keheningan malam aku mengimbau kenangan.

Sebenarnya, kalau aku tak buka blog ni pun aku memang jenis suka bernostalgia. Aku tak pasti di muka Bumi ini adakah aku seorang sahaja yang jenis macam ni.

Dulu aku pernah tulis pasal Writer's Block, korang ingat tak? Malam ni (atau lebih tepat pepagi buta ni) aku bukan writer's block. Tapi 'Gelojoh' Block! haha. Rasa semua nak sumbat tapi tak tau nak susun mana satu duluan. Mungkin akan aku kongsikan pada siri-siri posting akan datang.

InsyaAllah.

Nota Awan : Masa lalu walaupun sehampir semalam namun mustahil untuk kembali.
Dan penghujung usia yang tidak diketahui pangkalnya pasti akan menjengah menyambut diri.

No comments:

Post a Comment