Total Pageviews

Monday, August 2, 2010

Kalau Aku Dah Takde Lagi

Awan : Aku cadangkan supaya korang mendengar lagu "Dabus Rohani" dendangan Kopratasa sepanjang membaca post ni.. sebab masa aku sediakan post ni pun aku dengar lagu tu.. Mungkin kalau korang dengar lagu tu sambil baca post ni, korang boleh agak ape perasaan aku sekarang...
Post yang agak panjang.. dan mungkin post yang terakhir kalinya.. siapa tahu? Semuanya di tangan Allah.. Tuhan Sekalian Alam...

"Pandanglah kepada tanah itu kerana suatu hari nanti kita akan bersatu dengannya.."

Sebenarnya..
Sekarang ni aku terkena writer's block..
"Writer's block?? Mende tu wan?? "
Menurut Mak Cik Wikipedia, writer's block bermaksud;

"a phenomenon involving temporary loss of ability to begin or continue writing, usually due to lack of inspiration or creativity... Writer's block can be closely related to depression and anxiety, two mood disorders that reflect environmentally caused or spontaneous changes in the brain's frontal lobe.
Bila kena je writer's block ni semua idea tak mau kuar. Dok tersumbat dalam kepala otak tapi nak terjemah dalam bentuk penulisan amat la sukar. Kesannya, bertimbun-timbunlah post yang bersepah-sepah dalam drafts tanpa di'publish'kan.. huhu.. Aku yakin.. Bukan aku je yang selalu kena penyakit ni. Korang yang baca ni pun selalu gak kena kan? Samaada semasa blogging, buat assignment ataupun sedang mengarang 'surat cinta'..

Itu cerita pasal writer's block. Tapi, aku pernah gak terfikir.. katakan suatu hari nanti aku dah takde kat muka Bumi ni, camne nak bezakan yang aku ni dah kekeringan idea untuk blogging atau aku dah taknak blogging dengan aku dah pun menghembuskan nafas yang terakhir?? Macam mana pembaca-pembaca kat luar sana yang tak kenal aku ni nak tau mana satu keadaan sebenarnya?? Mana mungkin aku boleh bangkit semula daripada kubur semata-mata nak update blog.. Lebih baik aku tambah amalan sekiranya perkara yang takkan berlaku itu benar-benar terjadi..

Hmm...


KALAU AKU DAH TAKDE LAGI

Mula-mula aku tulis tajuk post ni "Andai Ini Nafas Terakhirku".. Tapi aku rasa tajuk tu susah korang nak 'feel', so aku tukar.. "Kalau aku dah takde lagi".. kalau nak lagi sedap "Kalau aku dah mati"..

Betul kata seorang saudara seaqidah dengan kita, bila sebut tentang kematian semua orang takut, kalau boleh semua orang nak masuk syurga tapi tak mau rasa keperitan sakaratulmaut.. Mungkin Umat akhir zaman majoritinya dah ade penyakit 'wahan' seperti yang Nabi dah habaq kat kita..

Disebabkan kita tak tau bila kita mati, jadi tak bolehlah nak buat satu post khas yang mengandungi kata-kata terakhir, wasiat, ucapan, dan segala bagai.

dan memandangkan blogger.com ni takde widget yang boleh bertindak sebagai 'pemberitahu' kepada pembaca yang aku ni dah mati.. Maka, aku rasa biarlah aku prepare awal-awal publish satu post khas yang bertajuk "Kalau Aku Dah Takde Lagi".. Andai ini betul-betul terjadi, maka bolehlah korang semua, wahai para pembaca yang aku kasihi sekalian membaca post ni dengan perasaan penuh keinsafan..


Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwanu


"Qullu nafsin Za Ika tul Maut''..
Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti merasai kematian. Ketahuilah wahai saudaraku sekalian. Pada hari ini, benarlah kalam Allah.. Selama ini aku hanya menyaksikan kematian itu berlaku. Namun kini aku telah pun mengalaminya.. Kini, aku sudah pun berada di alam barzakh. Jasadku kini tertanam di bawah tanah tempat kamu semua berpijak serta berjalan..jasad itu bakal dijamah cacing dan ulat.. Jasad yang dulu ku lihat elok di cermin, mungkin menjadi igauan segelintir wanita.. namun kini sedikit pun tidak membantu aku untuk menghadap Dia Yang Maha Esa.. Kerana Dia tidak memandang kepada rupa paras untuk melayakkan hamba-Nya ke dalam syurga.. Ya, Allah.. Betapa hinanya hamba-Mu ini..

Pembaca yang dikasihi sekalian.. Sesungguhnya pada hari ini, tamatlah sudah tugas aku sebagai khalifah di Bumi Allah ini.. Aku berharap korang semua peroleh manfaat daripada apa yang aku sampaikan samaada di dalam blog ini mahupun apa yang aku tuturkan serta lontarkan di luar blog ini.. Segala yang bermanfaat korang ambillah.. segala yang kurang aku mohon maaf di atas keterbatasan ilmu yang ada.. Doakan aku tenang semasa disoal Munkar dan Nakir.. Doakan aku tenang berjumpa dengan Allah.. Doakan aku agar memperoleh syafa'at Rasulullah S.A.W..
Syukran kerana sudi singgah ke blog aku ni.. Aku mohon maaf andai post-post atau komen-komen aku ade meninggalkan gurisan di hati..

Insya-Allah saudara-saudari sekalian.. Waktu kita dipisahkan nyawa dan jasad mungkin berbeza, liang lahad tempat kita dikebumikan mungkin berbeza.. Namun mudah-mudahan kita ditempatkan di destinasi yang sama..

Wassalam..

Walaupun aku writer's block, namun post kali ni yang terpanjang aku pernah hasilkan.. Entahlah.. Mungkin boleh jadi ini post yang terakhir..
Wallahu'alam..
Aku akhiri post kali ni dengan, dendangan lagu "Dabus Rohani".. Korang bayangkan la yang aku sedang menyanyikan untuk korang..

Lirik Dabus Rohani - Kopratasa:

Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul 'Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya...

3 comments:

  1. "Dan (tiap-tiap) makluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu suatu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, Kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur." ~Surah Ali'-Imran, Ayat 145~

    "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. " ~Surah Al-Munafiqun, Ayat 11~

    Kematian itu satu kepastian..
    Maka Hidupkanlah hati dengan mengingati mati..

    Moga sama2 dpt mgisi bekalan yg masih diberi ruang olehNya ini dengan amalan2 bermanfaat,
    agar hidup penuh berkat..
    InsyaAllah berjaya ddunia & akhirat..

    Pnulisan & perkongsian yg sgt bermakna..
    tkesan dgn pnulisan nta..
    Syukran mengingatkan..

    ReplyDelete
  2. salam..

    entri enta ni buat ana sebak..
    terima kasih atas peringatan..
    byknye dosa dlm diri ini..

    ReplyDelete
  3. salam
    mahirah,mengenaldiri>
    sama2 kita mhitung diri sblum kita dhitung..huhu..

    ReplyDelete