Jeng-- jeng-- jeng!!
Wah lau weh!
Macam tak percaya je blog ni di update!
Percayalah kawan-kawan! Aku sedang meng'update' blog awanseppy!
Tak percaya cuba cubit pipi.
Tak pun suruh rumet lempang pastu tengok balik skrin laptop anda, dan anda akan menyaksikan perkara yang sama iaitu BLOG INI DIUPDATE!
WAH! TERUJA!!
(Poyo je awan, macam la blog ni gempak sangat.. haha)
Genap setahun aku membiarkan blog ini 'sepi tanpa awan yang berarak'
Maka hari ini aku nak maklumkan kat sahabat-sahabat yang dahulunya selalu menyinggah blog ini
dan pem'blog walking' yang selalu menyesatkan diri mereka ke dalam blog ni sambil meninggalkan jejak kat shoutbox (konon-konon baca post aku.. nampak benor nipunyer..)
bahawasanya aku tak dapat nak update blog ini buat masa yang terdekat ini memandangkan aku perlu menyajikan gerak kerja aku sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar di blog ini dan ini.
(sila klik perkataan 'ini' kat ayat di atas ye).
Sebenarnya banyak yang aku nak kongsi dengan semua pembaca sepanjang setahun aku menghilangkan diri.. (hilang kat blog je)
InsyaAllah..
Selagi mana Bumi masih disinari cahaya mentari..
Awan ini pasti kan berarak kembali..
Awan : Cewah~ Rasa kekok nak update blog.. dush~
Thursday, November 24, 2011
Monday, November 8, 2010
Underconstruction
Thursday, October 28, 2010
Bersabarlah
1. Tribulasi atau ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.
3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.
4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:”Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah:6)
5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
| Reactions: |
Refleksi & 'Remove'
Urrgghh!! hehehe...
Memandangkan dah banyak aku luahkan perkara-perkara yang tak keruan dalam hidup aku,
MAKA dengan ini aku cuba mengurangkan post-post yang tak ketahuan tersebut
sebab kalau aku tak kurangkan perkara-perkara yang tak ketahuan itu
maka tiadalah bezanya antara aku dengan beberapa puak mahasiswa kat UKM ini yang menganjurkan event-event yang tak keruan lagi tak ketahuan..hahaa..

yeehhaa~ :p
Sunday, October 10, 2010
Bergurau?
Awan : Assalamu'alaykum wbt.. artikel yang aku rasa sangat sangat sangat bermanfaat buat aku dan sahabat-sahabat sekalian.. Moga peroleh manfaat bersama.. InsyaAllah :)
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan
orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)