Free Hit Counter

Thursday, October 7, 2010

Pesanan Buat Diri



Awan : Jujur.. tak aku tujukan kepada sesapa melainkan diri ini yang banyak mengecewakan sahabat-sahabat...



Awan..
Jika hari ini kau terasa hati dengan sahabatmu..
Ketahuilah.. bahawa sesungguhnya kau juga telah banyak membuat sahabat-sahabatmu terasa hati dengan kelakuanmu..
Malah lebih daripada apa yang kau rasa.. lebih daripada apa yang kau tahu..

Awan..

Jika hari ini sahabatmu memohon maaf atas kesalahannya, tetapi dia masih mengulangi kesalahannya itu..
Lantas kau berputus asa untuk mendekati sahabatmu itu..
Ketahuilah.. bahawa sesungguhnya Allah tidak pernah berputus asa untuk memaafkan hamba-hambaNya..
Walau berulang-kali hambaNya itu melakukan kesalahan yang sama..

Awan..
Jangan dibiarkan sahabatmu bersendiri..
Hargailah detik-detik yang berlalu bersama..
Temanilah sahabatmu menempuhi ujian hidup di dunia..
Kerana suatu masa nanti.. kau terpaksa membiarkan dia bersendiri..
merelakan dia pergi mengadap Ilahi..

-Ezuan Saad Ali Hussein
-08 Oktober 2010
-Sakit perut.. gastrik.. dalam bilik bersendiri..


2 comments:

  1. salam persahabatan dari saya.. hati terusik dengan ayat-ayat saudara.. Betapa Allah SWT sentiiasa memaafkan hamba-Nya walaupun hamba-Nya sentiasa lupa dan tidak bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya.. Jadilah kita insan terbaik agar beroleh berkat di dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  2. sy juga terharu...betapa kita insan kerdil.Dia Yang Maha Memiliki segala2nya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails