Alhamdulillah...
semuanya sudah jelas..dengan keadaan yang jelas lagi pasti ini sepatutnya aku menghela satu hembusan nafas yang panjang sebagai tanda kelegaan daripada segala kekusutan..tetapi kenapa air mata pula yang mengalir? Adakah tanda ketidakrelaan? tanda kekesalan?
Atau air mata itu cuba memberitahuku bahawa dia mengalir sebagai satu perasaan bangga kerana aku berjaya membuktikan bahawa aku lelaki, pemimpin sejati dan tegas dalam keputusannya? Bangga kerana memenuhi tuntutan sebagai anak lelaki soleh?
Ya.. mungkin...
Kali ni aku tak boleh berpatah balik..
Sedikit pun aku tak akan menyesal walau apa yang akan berlaku..
Meneutralkan perasaan terhadap seseorang.. menyebutnya amat mudah.. hanya perlu menggunakan beberapa pancaindera anugerah Tuhan yang tak pernah dituntut untuk membayarnya (cuma perlu digunakan ke jalan yang benar)..
Tapi melaksanakannya.. memerlukan sepenuh keimanan dan keyakinan kepada Allah ta'ala.. memerlukan kombinasi keimanan dan perlakuan, kedua-duanya perlu bergerak seiring..
Dalam waktu yang amat singkat ini.. aku perlu bersedia sepenuhnya jiwa dan raga untuk menghadapi final exam yang kurang lebih beberapa minggu sahaja lagi.. Dalam keadaan aku yang tak keruan ini.. mampukah aku menghadapinya?
Ya Allah.. kuatkanlah hamba-Mu ini.. Sesungguhnya benar.. Kau telah mengujiku atas perjanjianku sebelum melangkahkan kaki ke Bumi yang penuh madani ini.. Ampunkan aku ya Allah kerana sering berjanji, sering pula memungkiri..
Ya Allah.. kuatkanlah hamba-Mu ini.. Sesungguhnya benar.. Kau telah mengujiku atas perjanjianku sebelum melangkahkan kaki ke Bumi yang penuh madani ini.. Ampunkan aku ya Allah kerana sering berjanji, sering pula memungkiri..
"Cinta bagaikan bebayang, makin diusir semakin hampir
Apa yang kita impikan tak semua menjadi...
datang seakan menguji....."
Amuk -Seakan Menguji-
-Ezuan Saad Ali Hussein
-05 Oktober 2010
-sebelum ke kelas Lughatul 'Arabiyah

Ezuan..all the best and good luck tau final exam nie..buat lelok..InsyaAllah Wan mampu buat yang terbaik...
ReplyDeleteWan,Kalo hati Wan tak berapa nak tenang lani ,Wan try ambik wuduk dan solat 2 rakaat..selepas itu,bacalah beberapa potong ayat Al-Quran..InsyaAllah,hati Wan akan tenang..InsyaAllah..:)