Free Hit Counter

Friday, October 1, 2010

Jangan


Awan :
Pagi..
Gerimis bertandang.
Aku merenung di jendela.. melihat panorama indah ciptaan empunya kalam..
Mata... Aku pejam..dan aku buka semula.. walaupun pemandangan yang sama tetapi setiap saat yang berlalu aku nikmati sepuas-puasnya..sangat bermakna.. adakah esok masih ada? :_)
Muhasabah seketika..

Bertemankan Siti Humaira dan Nurul Iman..
Teman tanpa bicara..
Peneman setia kala suka, Pengubat lara kala duka,
Aku tinggalkan sekawan assignments dan segerombolan buku..membawa diri jauh ke satu sudut di hujung UKM..
Sampai di suatu sudut di Bumi madani ni, aku berhenti..
Sepi..
Yang ada cuma unggas berterbangan.. sekawan...
Dan seekor primat dari pokok ke pokok.. keseekoran...
Standard hari sabtu.. sape nak kuar pagi-pagi..

Dalam perjalanan pulang..
Singgah ke bilik seorang sahabat..
. . . .
Hmm... tak pe la.. biarkan dia berehat.. letih barangkali...
Tiba-tiba rasa cam nak berpantun.. cincai-cncai..siap~

JANGAN 
Angan-angan jejaka malang,
Terpaut hati gadis berjubah,
Jangan diharap kasihnya orang,
Kelak nanti mengundang padah.

Angan subur dijiwa kosong,
Kasih mengalir di pinggir mata,
Jangan ditabur harapan kosong,
Kelak nanti mengundang derita.

Angan-angan di atas bukit,
Alam indah penambah seri,
Jangan menaruh setinggi langit,
Kelak nanti merana diri.

Angan tak sudah sampai mati,
Kelak hati tiada yang mahu,
Jangan diluah rasa hati,
Biar Allah sahaja yang tahu.

4 comments:

Related Posts with Thumbnails