Awan : Apabila emosi berjaya dikawal oleh akal dan secebis iman yang ada, aku kembali sedar.. Ada yang tertanya-tanya. Eh, ke mana perginya awanseppy buat seketika? Ini Jawapan aku;
"Aku membawa diri jauh daripada kebobrokan fikiran. Sambil mengheret dosa silam yang tak berkesudahan..
Aku perlu muhasabah.. kerana sehingga kini, Ramadhan yang masih lagi tersisa ini aku rasakan seperti... seperti... huuu..." (sigh~)
Aku nasihatkan diri ni yang makin hujung Ramadhan, makin goyah..
Alhamdulillah kini aku sedar..
Aku menulis bukan untuk seseorang, bukan untuk mereka, bukan kerana sesiapa. Aku menulis untuk diri sendiri..
Kerana Aku adalah Aku.
Post ni sape nak terasa, aku tak leh nak buat apa.
Nak terima.. terima...taknak terima? ....
Terpulang..
**********
(Sebelum tidur kan.. mana la tau itu merupakan malam terakhir sebelum jasad mencium Bumi).
Bukankah kita sepatutnya lebih menumpukan perhatian kepada 'ibadah malam-malam terakhir daripada ucapan-ucapan 'Eidulfitri di FB?
(Ganjaran 'ibadah 1000 bulan kan.. mana la tau Ramadhan ini adalah yang terakhir kali).
Ramadhan belum mengundur diri tapi sudah dihalau pergi?
Syawal masih belum pasti tapi seolah-olah sudah dirai?
Oh! nampaknya ada orang nak cakap aku ni reformis, penentang badai, penongkah arus, pencemar adat.
Tak mengapa..
Kerana aku menulis bukan kerna nama..
Kerana aku menulis bukan ingin ternama..
Awan : Uuwwaah! Tulisan 'kunin' lebih banyak daripada post yang sebenar~ Lantak~
-Ezuan Saad Ali Hussein
-27 Ramadhan 1431H
-UKM
salam~
ReplyDeleteyup2..jgn disyawalkan bulan ramadhan..
tapi lusa insyaAllah da raye..
heh!selamat hari raye la ye!
salam... salam aidilfitri juga..
ReplyDelete